BEGINI CARANYA BUAT AISKRIM MALAYSIA JADI LEMBUT DAN ENAK. PATUTLAH VIRAL SEHINGGA 15K SHARE!

by - May 13, 2020

Ingat tak masa kecil dulu, balik aje dari sekolah, akan singgah membeli aiskrim Malaysia. Memang banyak perisa. Paling best harganya murah aje serendah 10 sen pun ada.

Tetapi dengan peredaran masa, aiskrim Malaysia semakin dilupakan setelah kewujudkan pelbagai jenama aiskrim yang mempunyai pelbagai rasa.

Namun, aiskrim Malaysia sejak akhir-akhir kembali dekat di hati rakyat Malaysia, malah kanak-kanak generasi kini. Malah beberapa resepi membuatnya telah menjadi viral.

Terkini, resepi perkongsian daripada puan Aida Radzuan yang telah mendapat 15 ribu lebih share. Apa lagi, resepi pun dah ada.

Jom kita semak resepi aiskrim Malaysia yang viral ni.


Hari tu Aida ada post pasal Aiskrim Malaysia. Ada yang massage nak tanya resepi dan cara-cara ikat aiskrim tu. Jadi harini Aida nak share resepi dan video ikat aiskrim malaysia. Dengan resepi ni jugak lah Aida buat untuk berniaga online dan offline.

Alhamdulillah rezeki anak-anak Aida. Tiap-tiap minggu order masuk. Budak-budak area rumah pon ramai datang beli kat rumah.

Resepi Aiskrim Malaysia

1 Tin Susu Pekat
1 Tin Susu Cair
4 1/2 tin Air Masak
2 1/2 sudu besar Tepung Jagung (utk lembutkan aiskrim)
Garam sikit (utk rase lemak2 )
1sudu kecik Essence Vanilla

Cara-Cara Masak

Campurkan susu pekat,susu cair. Aida guna Susu SuJohan je.. Campur sekali air masak 4 1/2 tin. Lepas tu bancuhkan 2 1/2 sudu besar tepung jagung dalam bekas sebelum masukkan dalam periuk untuk dimasak. Campurkan garam dan Essence Vanilla.

Masak sampai semua betul-betul masak (mendidih). Dah mendidik tutup api dan biarkan sejuk,dah sejuk bolehlah masuk dalam plastik aiskrim cap kingkong.

Kat sini Aida ada share sekali video cara nak ikat plastifk aiskrim tu.

*semua jenis aiskrim yg bersusu dan tak bersusu mesti masak air tu sampai mendidik walaupun pakai air coway atau cucco

Berikut bahan penyediaannya:

Cara mengikat aiskrim Malaysia

Siap! Sedia untuk seisi keluarga dan para tetamu!

*Sumber: Aida Radzuan


 

PERCUMA: Rahsia Jana RM121,175.00 Dengan Bisnes Affiliate!


  • Langkah demi langkah bagaimana untuk anda mulakan bisnes affiliate secara part-time hanya dari rumah!
  • Formula bagaimana untuk anda dapatkan sekurang-kurangnya RM3,000 duit tambahan setiap bulan!
  • Contoh produk affiliate yang anda boleh promosikan dan jana komisyen lumayan secara pasif.
download now

You May Also Like

0 comments

Label Post