RESIPI AISKRIM SIHAT BUAT ANAK TAK TOLAK SEBAB RASA MACAM KAT KEDAI!
Kanak-kanak mana yang tak sukakan aiskrim? Sebut sahaja aiskrim, anak
sanggup buat apa sahaja yang disuruh mak ayah. Begitunya hebatnya makanan
yang satu ini. Disebabkan anak ikhlas membantu mak ayah, terpaksalah dengan
rela hati belikan aiskrim walaupun hakikatnya punya kandungan gula yang
tinggi.
Tak payah pening dan susah hati bila mak ayah mencuba resipi yang
dikongsikan oleh ibu ini, Pn. Widyana di facebooknya. Resipi aiskrim sihat
yang dikongsikannya bukan hanya tiada kandungan gula malah hanya menggunakan
empat bahan sahaja untuk disediakan. Nampak pun sedap.
Resepi aiskrim sihat. Senang je.
Alhamdulillah anak-anak suka sangat.
Company aiskrim tak suka orang ramai tahu resepi ni sebab boleh menjejaskan
jualan aiskrim diorang. Texture aiskrim guna resepi ni lebih kurang sama
dengan aiskrim di supermarket yang penuh dengan bahan kimia tu.
Bahan-bahan:
5-6 biji pisang*
Satu cawan buah strawberries
Satu cawan yogurt plain
Sedikit madu
*saya guna pisang kapas, tapi pisang lain pun boleh juga rasanya.
Caranya senang sahaja:
1. Pisang dan strawberries dibekukan dahulu.
2. Kisar pisang, strawberries, yogurt dan sedikit madu menggunakan food
processor. Kalau tak ada food processor, guna blender pun boleh tapi kena
buat sikit-sikit.
3. Lepas tu masukkan ke dalam bekas. Boleh tambahkan potongan buah
strawberries dalam adunan.
4. Bekukan aiskrim semula kisaran lebih kurang masa 2-4jam.
5. Siap untuk dihidang.
Sumber: Pn Widyana Ali
0 comments