BILA ISTERI NAK MENGADU, SUAMI JANGAN MALAS LAYAN ISTERI! – DEEP PESANAN IMAM MUDA HASSAN
Suami isteri saling memerlukan antara satu sama lain. Apabila isteri hendak mengadu, suami janganlah malas melayan isteri. Dengarkan sahaja apa yang cuba dikongsikan oleh si isteri. Mungkin si isteri banyak kerja di pejabat atau mungkin pada hari itu si isteri banyak ditimpa masalah.
Dengarkan saja. Tidak perlu keluar apa-apa belanja pun. Hanya dengar apa yang si isteri ingin luahkan. Sebagai suami, anda bukan hanya sebagai teman hidup tetapi anda adalah segala-galanya buat seorang isteri.
Berikut perkongsian Imam Muda Hassan.
Apa yang membezakan rumahtangga zaman atok nenek kita dengan rumahtangga zaman sekarang? Zaman-zaman dulu memang, masalah yang dihadapi wanita ni memang tak timbul sangat.
Zaman tu hubungan antara jiran tetangga amat rapat, duduk dekat-dekat dan biasanya ada pertalian darah. Mereka mudah bersembang, luah perasaan sambil basuh baju disungai, atas tangga dan mana sahaja mereka berkumpul.
Mereka tak harapkan pun suami mereka dengar dan lebih rasa ceria sebab dapat luahkan perasaan sesama mereka. Berbeza dengan zaman kita sekarang dimana kebanyakan kita tinggal di rumah teres, rumah flat, kondominium yang sibuk dengan urusan masing-masing.
Jadi peluang ibu-ibu, isteri-isteri, wanita-wanita ni nak kongsi perasaan macam orang dulu dah tak ada. Isteri zaman sekarang ramai bekerja dan perasaan stress tu memang akan ada.
Apabila mereka pulang dari kerja, mereka nak kongsikan perasaan dengan suami sebab ini yang paling dekat. Kalau suami buat tak layan, apa sahaja suami buat akan jadi tak kena dimata isteri.
Jadi kepada si suami, teman nak bagitau, jika isteri kome bekerja dan dia nak cakap sesuatu tentang apa yang berlaku, dengar sahaja luahan perasaan dia walaupun kome sendiri penat balik dari kerja.
Isteri akan rasa lega, hilang penat selepas dapat ceritakan sesuatu kepada suami.
Isteri nak suami dengar sahaja.
Sumber kredit: Imam Muda Hassan
0 comments