BUAT YANG SEDANG DALAM USAHA NAK KURUS KAN BADAN, JOM KITA IKUT 15 TIP DOKTOR INI!
Buat anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan tiada jalan
mudah untuk mendapatkan berat badan ideal. Selain mengamalkan diet seimbang,
mengawal pemakanan juga amat penting di samping kuantiti dan jumlah kalori
yang diambil.
Memang bukan semudah yang disangka kerana usaha untuk menurunkan berat
badan perlu disertai dengan kesungguhan, disiplin dan semangat yang tinggi.
Tak boleh sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Penting untuk memilih cara diet yang betul bukan sekadar ikut-ikut sahaja.
Jika tidak hasil yang diinginkan tidak seperti yang diidamkan. Apa-apa juga
perkara memerlukan pengorbanan oleh itu apabila sudah tekad untuk menurunkan
berat badan, jangan mudah berputus asa. Teruskan ‘perjuangan’ sehingga
berjaya.
Berikut tip yang diberikan oleh Dr Hamid Arshat tentang panduan untuk
menurunkan berat badan.
PANDUAN KURANGKAN BERAT BADAN
Pengalaman saya merawat pesakit-pesakit yang gemuk/obesiti memang agak
menghampakan kerana hampir 90 peratus gagal menurunkan berat badan.
Yang berjaya turunkan pun hanya 10 peratus dari berat asal. Lepas itu
hilang kawalan dan berat naik semula melebihi tahap asal.
Faktor yang amat penting untuk berjaya ialah mengubah cara gaya hidup
khususnya tabiat makan. Saya nasihatkan mereka tentang kawalan dan kurangkan
amount makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbihaidret saperti
nasi, roti, mi, kuih-muih, donut, biskut dan makanan junk.
Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki, atau berkebun, atau
basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari. Perlu kuatkan
azam dan kesungguhan serta berusaha dengan tekun untuk mengubah beberapa
tabiat yang tidak sesuai.
CUBA AMALKAN PANDUAN-PANDUAN INI:
1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba
berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Kunyah perlahan-lahan
sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih
diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan
selera makan meningkat dan makanan-makanan sampingan menyumbang kepada
kenaikan berat badan.
3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga
buah-buahan. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan
kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak fiber,
vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemukkan.
4. Mulaan makan dengan buah-buahan diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh
mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau
ikan bilis untuk sup.
5. Jauhkan makanan bergula dan yang dibuat daripada tepung gandum seperti
donut, kek dan lain-lain. Makan ‘whole grain’ wheat. oat, barley dan brown
rice.
6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog,
nuggets.
7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice
dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan
manisan.
8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins
dalam teh.
9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang-kurangnya 5 kali dalam
seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih
makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan.’ Masa itu ia akan
berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.
11. Amalkan kunyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari
internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk
kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, atau
senyap-senyap ia ulang makan.
12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk
mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayurs-sayuran atau salad
dan lauk-lauk dalam hidangan serta kurangkan nasi.
13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk
kanak-kanak, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.
14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau ‘craving’ makan segenggam campuran
kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering
ketagih atau ‘craving’ makanan yang manis. Makan buah-buahan atau
kacang-kacang waktu ketagih nak makan, jauhkan segala makanan manis dan
karbohidrat.
15. Berjalan 30 minit sejauh 2 hingga 3 km, atau cabut rumput rumpai
dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. Exercise hingga
berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau berkerja. Minum air
mineral saja.
Sumber kredit: Dr Hamid Arshat
0 comments